Tuesday, August 9, 2011

Cloth Diaper

Apa itu Lampin kain Moden (Cloth Diaper =CD)?
  1. Lampin kain rekabentuk moden. 
  2. Bahagian luar CD dilapisi sejenis kain khas iaitu Polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor . 
  3. Bahagian dalam CD diperbuat daripada kain microfleece micro suedebamboo yang lembut dan cepat kering supaya bayi rasa selesa sama seperti lampin pakai buang. 
  4. Penyerap khas (insert / soaker) biasanya diperbuat daripada mikrofiber yang tinggi daya serapan air kencing bayi (3 hingga 4 jam penggunaan). Terdapat juga insert / soaker yang diperbuat daripada fabrik bamboo, cotton atau hemp yang biasanya mempunyai serapan yang lebih tinggi daripada mikrofiber. 
  5. Biasanya terdapat dua jenis kemasan / fastener CD iaitu menggunakan butang atau velcro fastener
  6. Ia mudah dibersihkan. Boleh dicuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
  7. Sesuai digunakan untuk bayi dari umur 3 bulan sehingga 3 tahun kerana saiznya "One Size" di mana butang larasnya boleh dilaras kepada S,M, L dan XL (bagi jenama tertentu).